Tuesday 5 August 2014

TEMA KEMASYARAKATAN

TEMA KEMASYARAKATAN
Peranan Hidup Berjiran
1.      Memelihara hubungan baik sesama jiran.
-          Hormat-menghormati bangsa, adat, kebudayaan, dan agama jiran.
-          Tidak menyakiti atau mengganggu hak-hak jiran, tidak berbuat bising, tidak mengejek atau mengeji jiran.
-          Bertegur sapa dengan mesra dan ikhlas.
-          Kunjung-mengunjung pada hari perayaan.
-          Bantu-membantu sesama jiran, contohnya ketika sakit, demam, dan kenduri-kendara.
-          Bersedia membantu jiran apabila diminta.
2.      Menjaga keselamatan bersama.
-          Menyertai Rukun Tetangga.
-          Bantu-membantu mengawasi rumah ketika ketiadaan jiran.
-          Menghubungi polis jika ada perkara atau orang yang mencurigakan di rumah jiran.
-          Membantu menyelamatkan jiran atau harta benda apabila berlaku kebakaran.
3.      Menjaga keamanan bersama.
-          Elakkan perbalahan dan perselisihan faham dengan jiran.
-          Amalkan sikap bertolak ansur dan bersedia berunding dengan jiran.
-          Bersama-sama memerangi kegiatan dadah di kawasan tempat tinggal.
4.      Menjaga kerbersihan tempat tinggal.
-          Menjaga kebersihan rumah dan kawasan masing-masing.
-          Turut serta dalam aktiviti gotong-royong membersihkan alam sekitar.
-          Tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran dan mengganggu kawasan jiran.

Kepentingan bergotong-royong
1.      Kerja dapat dilakukan dengan cepat.
-          Bekerjasama menyiapkan sesuatu tugasan.
-          Menjimatkan masa.
-          Saling membantu meringankan kerja.
2.      Mengeratkan hubungan silaturahim.
-          Dapat bersamah mesra dan berinteraksi dengan baik.
-          Kenal-mengenali antara satu sama lain.
-          Dapat memahami budaya kaum masing-masing.
3.      Memupuk perpaduan antara kaum.
-          Hormat-menghormati antara satu sama lain.
-          Bersatu padu menjayakan sesuatu perkara.
-          Mengelakkan permusuhan dan perselisihan faham.
-          Mewujudkan suasana mesra dan harmoni.
4.      Menjimatkan wang dan tenaga.
-          Aktiviti dilakukan dengan semangat bermasyarakat dan ikhlas.
-          Tidak memerlukan modal yang besar.
-          Bersamam-sama melakukan tugasan, contohnya memasak semasa kenduri-kendara
5.      Menjaga kebersihan dan keceriaan sesuatu kawasan
-          Menghalang pembiakan haiwan punca penyebaran penyakit seperti tikus dan nyamuk.
-          Persekitaran menjadi lebih bersih dan indah.
-          Penduduk dapat melakukan aktiviti riadah dengan selesa.

Kepentingan perpaduan antara kaum
1.      Menjaga keamanan negara.
-          Menjauhi perbalahan atau perselisihan faham antara kaum.
-          Menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh memecahbelahkan rakyat.
-          Mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur.
2.      Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
-          Saling menghormati budaya dan adat resam kaum masing-masing.
-          Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
-          Bertegur sapa dan beramah mesra.
-          Tidak berprasangka buruk antara satu sama lain.
3.      Membangunkan dan memajukan negara.
-          Bertsatu padu memajukan ekonomi negara.
-          Menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia.
-          Menarik perhatian pelancong asing untuk mengunjungi Malaysia sekali gus menambahkan pendapatan negara.
-          Mewujudkan peluang pekarjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
4.      Memupuk semangat patriotisme.
-          Berstu padu menghalang ancaman luar daripada mencuba untuk menjajah negara.
-          Perasaan cinta akan tanah air semakin meningkat.
-          Menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.

Kebaikan Rukun Tetangga
1.      Menjaga keselamatan kawasan kejiranan.
-          Bersama-sama memastikan kawasan kejiranan bebas daripada jenayah.
-          Segera menghubungi polis jika berlaku sesuatu perkara yang mencurigakan di kawasan perumahan.
-          Bekerjasama menjaga harta benda kawasan perumahan, contohnya taman permainan.
2.      Memupuk perpaduan antara kaum.
-          Saling menghormati budaya dan kepercayaan kaum masing-masing.
-          Bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau kegiatan.
-          Bertegur sapa dan beramah mesra.
-          Tidak berprasangka buruk antara satu dengan yang lain.

-          Bertolak ansuk dan bersikap toleransi.